Tuesday, August 16, 2022

Abang Johari: Petronas bengkeng! 

Secara Rawak

KUCHING: Petronas bengkeng!

Itu ungkapan digunakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari terhadap syarikat minyak dan gas nasional itu.

Ungkapan itu merujuk kepada tindakan Petronas  yang enggan membayar cukai jualan (SST) terhadap hasil petroleum yang diterokai di bumi Sarawak.

Bengkeng dalam bahasa Melayu Sarawak bermaksud degil, keras kepala dan tidak mahu bertolak ansur.

“Petronas amat degil dan liat membayar SST kepada Kerajaan Sarawak,” kata Ketua Menteri dalam satu majlis makan malam anjuran Jabatan Bekalan Air Luar Bandar.

Hanya Petronas enggan membayar cukai berkenaan, sedangkan syarikat minyak lain seperti Shell telah berbuat demikian.

“Sebab itu, Kerajaan Sarawak mengheret Petronas ke Sarawak,” katanya.

Tegas Abang Johari yang tidak berganjak dengan pendiriannya, tindakan menyaman Petronas adalah kerana ingin mempertahankan Sarawak.

Tindakan Petronas itu telah membangkitkan kekecewaan dan kemarahan rakyat Sarawak.

Jelas beliau, setiap hasil yang diperoleh Kerajaan Sarawak menerusi kutipan cukai akan disalurkan semua kepada rakyat negeri ini.

Sebelum PRU-14, PH terutamanya DAP Sarawak berjanji untuk memberi 20 royalti minyak kepada Sarawak.

Video ucapan Pengerusi PH dan DAP Sarawak Chong Chieng Jen di Dewan Undangan Negeri Sarawak kerap ditularkan untuk mengingatkan PH tentang janji berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru