KUCHING: Acara larian ‘Black Pink’ yang dianjurkan oleh Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) pada 21 Mac ini hanya terhad kepada 1,500 orang sahaja.

Pengerusinya, Dato Hajah Norhyati Haji Ismail berkata setakat 15 Januari jumlah peserta yang telah mendaftar melalui aplikasi ‘Jomrun’ telah mencecah seramai 500 orang.

“Acara ini terhad terhad kepada 1,500 orang peserta dan setakat 15 Januari 2020, pendaftaran peserta melalui aplikasi ‘Jomrun’ sudah mencapai 500 orang” katanya dalam teks sidang media berkenaan Blackpink Run yang dibacakan oleh wakilnya disini pagi semalam.

Tambah beliau lagi acara larian ini akan diadakan pada 21 Mac 2020 bertempat di Metrocity Kuching dan terbahagi kepada 2 kategori jarak larian iaitu 5KM dan 3KM.

“Larian merupakan satu aktiviti fizikal dan riadah yang amat popular di negeri Sarawak.

Aktiviti larian ini juga dapat kita lihat turut menular dalam kalangan ahli-ahli kita.

“Dengan tema “Love Helping Community”, kita dapat mengeratkan hubungan sesama diri disamping meningkatkan tahap kecergasan masing-masing dan juga mencari dana untuk PPWS Kawasan Kuching/Samarahan sekaligus membantu ahli-ahli menambah pendapatan mereka melalui jualan pada hari acara nanti.” tambahnya.

Ujar Norhyati lagi jumlah dana yang telah terkumpul kelak dapat meningkatkan lagi kapasiti wanita melalui program-program anjuran PPWS Kuching/Samarahan seperti program Keusahawanan, program Kesejahteraan dan Kesihatan, program Sosial dan Kebajikan serta program latihan dan kemahiran.