JAKARTA: Ketua Polis Daerah Jawa Tengah, Iskandar Fitriana Sutisna mengesahkan penahanan sepasang suami isteri yang mengaku raja dan ratu kerajaan di Purworejo, Jawa Tengah pada Selasa, 6 petang waktu tempatan.

Premis yang dijadikan istana pasangan dikenali sebagai Toto Santoso, 42, dan Fanni Aminadia, 41, sebagai pemerintah Keraton Agung Sejagat itu turut disita.

Menurut detikcom pada Selasa polis bertindak ekoran maklumat yang viral di media sosial berkaitan berdirinya Keraton Agung Sejagat di Purworejo, Jawa Tengah yang membangkitkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Pasangan tersebut disyaki menjalankan aktiviti itu sejak Ogos 2019 kini berdepan hukuman penjara 10 tahun atas dakwaan menipu.

Foto: detikcom