SIBU: Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew telah merasmikan tempat letak kereta yang baharu sebentar tadi.

Tempat letak kereta ini mengambil masa tiga bulan tempoh pembinaannya dan mula dibpada Oktober tahun lepas dan telah siap dibina pada Disember . Sejumlah 125 buah kereta boleh dimuatkan di tempat letak kereta yang baharu ini.

Menurut Oscar, “ Sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi membina tempat letak kereta ini menggunakan peruntukkan saya sendiri dan diharapkan mampu memberikan keselesaaan kepada penduduk di sekitar Bandar Sibu ini.”

“Setakat ini Hospital Sibu mempunyai 610 buah kotak untuk meletakkan kenderaan dan sebanyak 212 buah kotak meletakkan kenderaan ini digunakan oleh pihak Hospital bagi keselesaan staf dan 398 buah kotak meletakkan kenderaan disediakan untuk orang awam,” tambahnya.

Katanya lagi, “Jadi, dengan penambahan sebanyak 125 buah tempat letak kereta ini diharapkan mampu menyelesaikan masalah sementara bagi isu tempat letak kereta yang telah wujud sekian lama.”

Oscar yang ditemui wartawan sewaktu menyerahkan tapak letak kereta kepada pihak pengurusan Hospital Sibu .

Turut hadir, Pengarah Hospital Umum Sibu , Dr Ngian Hie Ung , Penolong Pengarah Hospital , Encik Wong Siong Siang serta Pegawai dari Pejabat Kesihatan Sibu.