SERIAN: Dialog Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) melalui Inisiatif baharu Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak di Kampung Peraya, Serian mendapat respons positif daripada penduduk setempat.

Rata-rata penduduk kampung berpuas hati dengan penerangan maklumat daripada pegawai JTS Serian yang berhubung proses pengukuran tanah NCR yang giat dijalankan.

Dialog tersebut bertujuan untuk memberi penerangan mengenai maklumat mengenai kerja-kerja menyukat ukur keliling atau perimeter tanah NCR.

Berdasarkan inisiatif baharu itu, tanah NCR yang sudah diukur perimeter tersebut kemudian diwartakan sebagai rizab guna sama bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Proses seterusnya mengeluarkan surat hak milik tanah secara individu kepada pemilik tanah dan surat hak milik tanah itu akan dikeluarkan di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.