PADAWAN: Sanggup mengambil upah RM30 untuk sehari penghantaran malah membantu sindiket pengedaran dadah di bandar ini sejak 2017, akhirnya remaja berusia dicekup polis dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Batu Kawa, semalam.

Suspek berusia 16 tahun dari Kampung Stapok itu, ditangkap pada Rabu lalu sekitar jam 1.45 petang dalam serbuan yang dijalankan olh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (JSJ IPD) Padawan.

Remaja itu mengaku terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah pada awal 2017 sebagai perutusan dadah kepada Ah Joey dengan upah RM30 sehari.

Ah Joey menjalankan urus niaga dengan seorang lagi lelaki dikenali sebagai Ah Bi yang akan membayar secara transaksi bank. Ah Bi kemudian akan meletakkan dadah yang dipesan di kawasan BDC

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan mengesahkan kejadian itu berkata, kali terakhir suspek menghisap dadah pada pagi hari tangkapan.

“Dadah diberi percuma oleh Ah Joey,” katanya sebentar tadi. Berita lanjut di Suara Sarawak esok.