NEW DELHI: Sebuah video yang menunjukkan seekor ular tedung memuntahkan botol plastik dari mulutnya menerima pelbagai reaksi warganet.

Video tersebut dikongsi oleh pegawai dari Jabatan Hutan India, Parveen Kaswan sebagai memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pencemaran alam yang semakin teruk ketika ini.

Video 48 saat itu menunjukkan ular tersebut melingkar di kawasan lapang dengan perutnya yang kembung.

Apabila badannya dicucuk ia cuba mengeluarkan botol plastik yang di telannya.

“Secara semula jadi ular tedung boleh mengeluarkan semula objek atau makanan yang dimakannya.

“Haiwan lain tidak dapat melakukannya, malah mereka akan mati dalam kesakitan,” komen Parveen.

Gambar hiasan