14 Januari 1976.

Ayahanda pulang ke rahmatullah, meninggalkan bonda dan kami semua.

Namun legasinya kekal sehingga hari ini.

Ayahanda sering cerita kepada saya kisah-kisahnya dahulu.

Zaman kanak-kanak misalnya, ayahanda berkaki ayam ke sekolah bersama kawan-kawannya di Langgar, Pahang.

Murid-murid di sekolah ayahanda ramai yang kurang berkemampuan dan tidak mampu membeli peralatan sekolah walaupun sepasang kasut.

Hidup orang kampung amat susah dan pahit.

Dari pengalaman hidup ini dan pengamatannya sepanjang masa, ayahanda bertekad membantu orang kampung ketika mampu dan mempunyai jawatan di kerajaan.

Legasi ayahanda kekal sehingga hari ini.

FELDA. Dasar Ekonomi Baru.

Dan pesannya kepada saya dahulu juga, satu hari nanti bila berjawatan, berikanlah fokus kepada kehidupan orang kampung juga.

Pembangunan luar bandar dan wilayah sentiasa di hati ayahanda.

Hari ini, kita dapat lihat bagaimana hasil usaha kerajaan dahulu membawa manfaat kepada generasi kedua, generasi ketiga.

Al-Fatihah.

Catatan Facebook Datuk Seri Najib Razak