KUALA LUMPUR:  Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menegaskan, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH)

Kata Pengerusi Bersatu itu, sekiranya Majlis Presiden PH mencapai kata persetujuan untuk beliau berundur, beliau tidak akan membantah.

“Saya rasa ini akan ditentukan oleh empat parti (komponen PH) secara bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak,’ katanya .

“Pada saya, jika mereka mahu saya berundur, saya akan berunduri,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020, di sini, hari ini  kepada pemberita di sini seperti dipetik Astro Awani.

“Saya fikir ini akan diputuskan oleh empat parti (PH) bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak pergi.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab kenyataan beberapa ahli parlimen PKR yang mencadangkan agar beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini.

PH menjelang PRU-14 bersetuju jawatan itu diserahkan kepada Anwar dalam tempoh dua tahun jika PH menang.

PH berjaya menumbangkan BN dalam PRU-14 pada 9 Mei 2018.

Isu peralihan kuasa bagai duri dalam daging dalam PH dengan kujmpulan yang menyokong Anwar mahu Dr Mahathir memberi tarikh tetap untuk beliau berundur.