SARATOK: Kereta yang dinaiki isteri ADUN Kalaka, Datuk Haji Abdul Wahab Aziz terlibat dalam kemalangan ngeri di kawasan Jalan Sebangan Sebuyau sebentar tadi.

Kemalangan membabitkan kenderaan jenis Toyota FJ Cruiser yang dinaiki oleh isteri Datuk Wahab Aziz telah bertembung dengan sebuah lori di salah satu selekoh.

Menurut makluman awal seorang wanita penumpang kenderaan Toyota berkenaan dilaporkan maut di tempat kejadian.

Info daripada Pusat Gerakan Bomba Negeri Sarawak memaklumkan pihak bomba menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 11. 48 pagi.

Dalam info tersebut turut menyatakan kenderaan yang terlibat adalah Toyota FJ Cruiser dengan lori 10 tan dengan pemandu Toyota tersepit di tempat pemandu ketika itu.

Keluarga Datuk Wahab Aziz dikatakan dalam perjalanan dari Kuching hendak ke Kabong.

Maklumat lanjut akan dikemaskini kemudian.