Sangat menarik untuk mengetahui bahawa terdapat perulangan tahun pada kalendar yang dapat digunakan untuk tahun-tahun yang lepas dan akan datang.

Perulangan ini adalah sama dari segi hari, minggu dan perulangan mingguan.

Misalnya Untuk kalendar 2020, kita dapat menggunakan kalendar tahun sebelum ini iaitu kalendar 1992, 1964, 1936, 1908 dan seterusnya iaitu perulangan bagi setiap 28 tahun.

Sementara itu, untuk tahun-tahun yang akan datang, kalendar 2020 dapat digunakan untuk tahun 2048, 2076 dan seterusnya, juga perulangan bagi setiap 28 tahun.

Dengan melayari timeanddate.com atau whencanireusethiscalendar.com, anda dapat melihat perulangan bagi tahun yang lain secara detil.

Ini juga bermakna sekiranya anda ada menyimpan atau memuat turun kalendar Ther Beatles 1964 ini, anda dapat merujuk tarikh penting dengan hari peristiwa tersebut berlaku.