KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri mengulangi pendiriannya untuk membangunkan Sarawak dan  memimpin rakyat pelbagai kaum di negeri ini dengan adil dan saksama.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,  “Saya pun akan mati, saya akan disoal sama ada amanah dijalankan dengan baik atau tidak,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran Program Sarawakku Sayang di sini semalam.

“Saya tidak takut dengan orang, saya hanya takut dengan Allah,” tegasnya lagi.

“Jadi berlandaskan itu, kita mesti adil tanpa melibatkan hal perkauman,” katanya.

Sejak menerajui Sarawak dalam tempoh tiga tahun, menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada 13 Januari 2017, Abang Johari telah memperkenalkan 81 inisiatif rakyat.

Ia untuk penduduk pelbagai kaum, tidak kira di bandar atau luar bandar.