MIRI: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1441H/2020M yang diadakan di Dewan Suarah Miri semalam.

Bertemakan ‘Ummah Gemilang’, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak kali ini merupakan tahun kedua yang diadakan secara serentak selepas penganjuran pertamanya pada tahun 2019.

Seramai 22 peserta terdiri daripada 11 qari dan 11 qariah menyertai majlis tilawah itu.

Turut diadakan kuiz al-Quran, Jom Ngaji Belagu Ngan Dato Ismawi Duet, pameran teks dan bahan al-Quran, jualan dan pameran serta kolokium al-Quran.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting,  Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Hajah Rosey Haji Yunus.