KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) optimis akan terus mengekalkan kuasanya untuk memimpin negeri Sarawak selagi kerajaan melaksanakan polisi yang berteraskan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg berkata, polisi yang berteraskan rakyat adalah kunci GPS untuk kekal relevan.

“Itu adalah kuncinya, melainkan polisi anda bermasalah, rakyat tidak menghormati anda,”

“Ini adalah soal keikhlasan. Kita bercakap mengenai cabaran 2020, mungkin saya tidak sampai tahun 2030 tetapi kita perlu membentuk pemimpin. Anda tidak boleh menjadi statik dan saya tidak boleh mementingkan diri kerana anda tidak tahu masa depan,”

Beliau berkata demikian semasa sesi perjumpaan bersama media di Wisma Bapa Malaysia pada minggu lepas sempena ulang tahunnya yang ke-3 sebagai Ketua Menteri.

Jelasnya, keputusan beliau untuk keluar daripada Barisan Nasional adalah supaya GPS boleh memerintah mengikut acuan tersendiri berdasarkan keperluan rakyat Sarawak.

“Saya telah membuat keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan membentuk Gabungan Parti Sarawak kerana menerusi pengalaman saya, kita tidak melaksanakan apa yang Sarawak mahu tanpa persetujuan bersama,”