KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tiba di Dataran Terbuka Kota Samarahan sebentar tadi untuk melancarkan kempen Sarawakku Sayang.

Tiba sekitar jam 10.10 minit, beliau mengambil masa 15 minit untuk tiba di pentas utama kerana orang ramai ingin berswafoto dan berjabat tangan ketika menyambut kehadiran.

Beliau kemudian terus ke pentas utama dan bersama-sama rakyat menyanyikan beberapa lagu, diiringi kenamaan.

Lebih 4,000 hadirin memenuhi khemah pelancaran hari ini.

Suara Sarawak akan membawa liputan komprehensif pelancaran tersebut.

Edisi khas akhbar ini turut diedarkan secara percuma di tapak pelancaran.