SIMUNJAN: Kerajaan Sarawak akan membina dan membaiki benteng di kawasan Simunjan dan Sebuyau, kata Ketua Menteri.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika berucap di satu majlis di sini semalam berkata, kos projek berkenaan adalah RM500 juta.

Katanya,  secara keseluruhannya,  RM1.5 bilion diperuntukkkan bagi menahan kemasukan air masin yang dapat menjejaskan tanaman petani di seluruh negeri.

“Sebanyak RM500 juta disalurkan  untuk Simunjan dan Sebuyau bagi tujuan sama,”  jelasnya ketika merasmikan Program Rindok Digital di Pekan Simunjan di sini, semalam.

Beliau berkata, kawasan terbabit amat sesuai untuk menanam kelapa dan pisang, selain menjalankan aktiviti penternakan.

Untuk itu, beliau menasihati petani dan pekebun di sini supaya menggunakan teknologi moden bagi mendapatkan hasil yang lebih lumayan.

Produk makanan di negeri ini mendapat permintaan tinggi dari Singapura dan China, katanya.