Ketua Menteri kelima Sarawak  Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sangat pintar berkata-kata.

Beliau terkenal dengan ucapan yang santai, bersahaja, dan diselitkan dengan jenaka serta tidak berbelit-belit.

Bahasa yang digunakan Adenan mudah, dengan ayat yang singkat-singkat.

Ketika bercakap dalam bahasa Inggeris, kekuatan ekspresinya menyengat, dan idiomnya menyerlah.

Setiap kali Adenan menyampaikan ucapan, hadirin mudah memberikan perhatian kerana beliau memilih bahasa yang mudah untuk difahami, selain menyelitkan unsur-unsur jenaka supaya keseluruhan ucapannya tidak membosankan.

‘Orang Sarawak ini ada orang Melayu, Cina, Dayak, Bidayuh, duduk sama, minum sama, makan sama, cari amoi pun sama”

“Kita perlu menunaikan janji kita yang lama sebelum membuat janji yang baharu.”

“Ini Sarawak punya olang, bisi Melayu, bisi orang Cina, bisi orang Dayak, bisi orang Bidayuh, duduk sama, minum sama, makan sama, carik amoi pun sama.”

“Daripada membazir wang membuat iklan hari jadi saya, lebih baik mereka gunakan wang itu dengan membuat kerja kebajikan dan menolong mereka yang susah.”

“Jika berbanding Sarawak dengan Johor dan Pahang misalnya, di sana semuanya mencukupi, ada jalan raya, elektrik, airnya cukup. Jika di Sarawak, masih ada sekolah yang muridnya berjalan dengan berkaki ayam.”

“I must warn you, Elvis sounds like me.”

“We need to have some kind of freedom to be able to do things to suit our needs.”

“We will insist that Petronas give priority to Sarawakians to fill up these positions in the oil corporation, and if this does not work, then we will cancel all the work permits of all staff who are not Sarawakians.”

“In Sarawak, we have everyone, Malays, Chinese, Dayak, Bidayuh … we sit together, drink together, eat together and have fun together.”

“I’m a man in a rush … but just give me five more years to fight for Sarawak.

“Number one, I am Adenan Satem and I am not White Hair.”