MACHANG: Seorang remaja bertindak samseng apabila bukan sahaja mengambil duit seorang pelajar sekolah agama, malah bertindak menendang mangsa yang masih berpakaian sekolah.

Remaja yang dipercayai belasan tahun itu turut didengar mengeluarkan perkataan kesat dalam rakaman berdurasi 29 saat itu.

Menurut Astro Awani, video berkenaan mula tular sejak tengah malam tadi apabila rakaman itu dimuat naik di laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Kejadian dipercayai berlaku di daerah ini di sebuah taman perumahan ketika mangsa ditahan sekumpulan remaja lain termasuk si pembuli.

Mangsa diugut dan kelihatan menanggalkan jam tangan yang dipakainya untuk diberikan kepada pembuli.

Namun pembuli tersebut bertindak menendang belakang badan mangsa.