Denda RM300 tak pakai tali pinggang keledar: PAS Sarawak mahu menteri kaji semula

0
9
* Jofri Jaraiee merupakan Pesuruhjaya PAS Sarawak

KUCHING: Denda RM300 kerana tidak memakai tali pinggang keledar untuk penumpang yang duduk di tempat duduk belakang untuk kanak-kanak dan remaja harus dikaji semula.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee ini perlu dikaji semula kerana ia melibatkan kos pengguna yang membawa lebih daripada tiga penumpang duduk di belakang kerana keluarga kecil tidak mempunyai masalah untuk memenuhi peraturan keselamatan jalan raya. 

“Bagi keluarga berpendapatan rendah yang besar, kos membeli kenderaan baru atau memasang peranti keselamatan pengguna tidak dapat dipenuhi sepenuhnya,” kata dalam satu kenyataan.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke mengesahkan kewajipan untuk memakai tali pinggang keledar untuk individu melebihi 17 tahun di kerusi belakang atau didenda RM300. Juga, kanak-kanak atau remaja di bawah 17 tahun yang tidak memakai boleh menyebabkan pemandu disaman.

Katanya, bagi orang yang mampu dan menerima elaun beribu-ribu ringgit sebulan seperti menteri, tidak menjadi masalah untuk menyediakan kenderaan yang bagus untuk anak-anak mereka tetapi bagi orang berpendapatan rendah dan sederhana ini adalah beban kepada mereka.

“Adakah mereka perlu meninggalkan anak-anak mereka kerana kenderaan mereka dibenarkan membawa hanya 5 penumpang termasuk pemandu? Atau adakah mereka perlu menyewa kenderaan yang lebih besar untuk membawa anak-anak mereka ke sekolah atau percutian keluarga mereka atau pulang ke kampung halaman?,” katanya lagi.

“Semua ini pastinya melibatkan kos yang besar jika anda ingin memenuhi peraturan keselamatan yang melibatkan peralatan keselamatan di dalam kenderaan,” tegasnya.

Beliau berkata, untuk mendapatkan RM50 – RM100 sehari pun sukar, apa lagi untuk membeli kenderaan baru dan kerusi keselamatan kanak-kanak yang pasti akan menambah kos dan beban kepada golongan yang berpendapatan rendah.

“Jelasnya, pemandu, kenderaan, dan jalan raya merupakan faktor kemalangan. Tetapi perlu diingat bahawa tanpa pemandu, kemalangan itu tidak akan berlaku tanpa pemandu, kenderaan itu tidak akan bergerak sendiri,” katanya.