FLORIDA: Pejabat Shefrif Palm Beach County menerima panggilan dari seorang penduduk di Lake Worth Beach yang mendakwa dia terdengar suara wanita meminta tolong dari rumah jirannya.

Rakaman CCTV dari kediaman jiran yang jadi mangsa aduan itu menunjukkan beberapa polis memasuki rumahnya bertanyakan perihal suara wanita terbabit.

Ketika itu kedengaran suara: “Tolong keluarkan saya! Tolong keluarkan saya!”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata polis terbabit, pemilik rumah itu masuk sebentar dan kemudian membawa keluar seekor burung nuri.

Dia memberitahu pasukan polis burung nuri peliharaannya, Rambo yang kini sudah berusia 40 tahun itu yang membuat bising dan meniru suara perempuan meminta tolong.

Dia juga turut memperkenalkan burung tersebut kepada jirannya yang membuat aduan itu.

Menurutnya dia mengajar burung tersebut untuk berkata “Tolong keluarkan saya!” ketika dia sendiri masih kanak-kanak.