Ketua Menteri terima kunjungan hormat Charles Hay, Pesuruhjaya Tinggi British

0
12

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi British, H.E. Charles Hay di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Rabu.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan perkara berkaitan perniagaan dan ekonomi serta kerjasama Kerajaan British dan Sarawak, menurut Charles.

Katanya, kerjasama tersebut juga akan memberi peluang kepada perniagaan British untuk menggunakan kemahirannya di Sarawak.

Hadir sama Clifford Bebb (Deputy Country Director, Malaysia, Department for International Trade) Suzidah Baharun (Trade Manager, Department for International Trade), Daniel Painter (Political Counsellor), Lyana Khairuddin (Political Adviser), Jennifer Lopez (Executive Director of British Chamber of Commerce), Sidaran Sabapathy (Senior Energy Trade Specialist, Scottish Development International) dan Kevin Lu (Scottish Development International).