Berapa ramai warga China datang ke Malaysia, tidak kembali ke China?

0
30

KUALA LUMPUR: Tiada siapa yang tahu, berapa ramai warga China yang datang ke Malaysia dan tidak kembali pulang.

“Ini bukan isu politik PH atau BN tetapi ini adalah isu kedaulatan dan keselamatan negara,” kata Naib Presiden Ikatan Muslim Malaysia Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin dalam satu kenyataan.

“Saya memohon agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas dengan seberapa segera sebelum negara ini terjual,” katanya.

Menurut beliau, laporan Ketua Audit Negara 2018 mendapati sebanyak 95 peratus daripada pelancong dari China (79,799 orang) dan dari India (41,245 orang) yang datang ke Malaysia di antara 2016-2018 tidak mempunyai rekod keluar pulang ke negara mereka (114,900).

Pada bulan September 2019, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendakwa seorang Penolong Pengarah JPN dan 5 lagi atas 32 pertuduhan menjual Mykad dan dokumen pengenalan diri, kebanyakannya kepada warga China. Seorang saksi (rakyat China) membayar RM400,000 untuk mendapatkan pasport Malaysia.

“Jabatan Imigresen Malaysia menangkap 680 orang warga China di Cyberjaya tanpa dokumen perjalanan pada November 2019 dan menjalankan scam, penipuan pelaburan atas talian berpusat di China dan beroperasi di Malaysia. Ini tidak termasuk yang ditangkap di Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan lain-lain,” katanya.

Katanya lagi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesahkan bahawa 37 peratus daripada ribuan rumah yang dijual melalui inisiatif MM2H telah dijual kepada warga China.