Sepasang suami isteri menerima kejutan dan hilang selera makan selepas menemui seekor ular di bawah piza yang dimasak mereka.

Ular tersebut ditemui mati akibat dibakar sama dengan piza terbabit.

Amber dan Robert Helm hairan apabila mendapati dapur mereka dipenuhi asap ketika mereka memasak piza.

Mereka membuka oven tersebut dan terkejut melihat seekor ular mati akibat dibakar oven yang panas itu.

Mereka hilang selera untuk makan piza tersebut dan membuangnya. Malah pasangan itu merancang memanggil pakar serangga dan haiwan untuk membersihkan rumah mereka bagi mengelak perkara yang sama berulang lagi.

Mereka juga akan membersihkan oven itu sebelum dapat digunakan semula.