Projek Jambatan Kemena-Jepak, Bintulu dijangka siap 2023

0
18

BINTULU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip berpuas hati dengan perkembangan projek pembinaan Jambatan Kuala Kemena-Jepak di Bintulu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak sebelum itu telah mendengar taklimat daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu mengenai status jambatan yang memakan kos sebanyak RM466.6 juta tersebut, semalam.

Projek yang bermula pada April tahun lepas dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak itu dijangka siap pada 2 April 2023.

Jambatan Kuala Kemena-Jepak tersebut merupakan hadiah Kerajaan Sarawak kepada warga Bintulu sempena Hari Sarawak pada 22 Julai lepas.

Jarak laluan yang menghubungkan pusat bandar Bintulu ke Lapangan Terbang Bintulu akan lebih dekat iaitu kira-kira 10 kilometer berbanding 25 kilometer sebelumnya apabila ia siap kelak.

Ini sekali gus memacu pertumbuhan bahagian Bintulu sebagai salah satu pusat perindustrian di negeri ini