‘Kalau ular  sawa besar dan panjang itu tidak dibunuh, nyawa kami terancam’

0
34

SRI AMAN: Seekor ular sawa berukuran sembilan meter dengan anggaran berat lebih setengah tan terpaksa dibunuh kerana khuatir mengancam nyawa sekumpulan petugas kaji bumi.

Mereka  melakukan kajian di Hutan Tanjung Lutong, Lingga dekat Sri Aman, Sarawak. 

Menurut ketua kumpulan tersebut, Marjuki Muhi, reptilia itu ditemui kira-kira 20 meter dari laluan harian ke lokasi kajian mereka.

“Bimbang akan keselamatan mereka, kumpulan itu terpaksa membunuh haiwan itu meskipun ia tindakan yang dilarang.

Ia meluru ke arah mereka dan ketika itu ia berfikir untuk menyerang dan kumpulan itu cuba menghalau atau membunuhnya. 

“Jika tidak dibunuh kami fikir kami akan terancam kerana kami menggunakan laluan ini setiap-tiap hari,” katanya.

Selepas sejam bertarung, akhirnya ular itu berjaya dibunuh.

“Syukur semua kami selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Sebuah video yang memaparkan seekor ular panjang  dianggarkan sembilan meter tular semalam.

“Setan kali, mungkin 200 kilo,” kata seorang daripada lelaki berkenaan.

“Nasib grup kita tak ada yang kempunan,” kata lelaki itu lagi.

“Nampak besar kepalanya, sama besar dengan paha,” kata lelaki itu lagi.

Namun ular itu tidak berjaya  dibawa keluar walaupun hampir sejam berbuat demikian selepas mereka bergelut membunuhnya.

Akhirnya  kumpulan berkenaan meninggalkan sahaja ular itu kerana tidak mampu lagi membawanya.

Sebelum itu, kumpulan berkenaan pernah dinasihati penduduk kampung supaya berhati-hati apabila berada di hutan berkenaan.

Kini, baru mereka faham akan makna peringatan itu.