Jawatankuasa kampung terima RM5,000

0
11

BINTULU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip menyerahkan geran sebanyak RM5,000 kepada JKKK Kampung Sinong bagi menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini.

Terdahulu beliau telah meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan memancing mini game santai Joran Mania 2020 di Bintulu Promenade Waterfront, pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak kemudian meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat.

Pertandingan anjuran Jawatankuasa Biro Sukan Kampung Sinong itu telah disertai oleh seramai 250 peserta.