Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke arah tentera Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Iraq.

Ini sebagai langkah balas dendam atas kematian komandan Pasukan Quds, Jenderal Qasem Soleimani yang maut akibat serangan udara AS di Lapangan Terbang Baghdad, 3 Januari lepas, ketika turun pesawat.

“Semua baik-baik saja. Dua pangkalan tentera AS di Iraq diserang roket Iran. Kami meninjau kerosakan dan mangsa terkorban. Sejauh ini semua baik. Kami memiliki tentara terkuat dan terlengkap di dunia sejauh ini. Saya akan mengeluarkan kenyataan pagi esok,” kicau Trump dengan angkuh di Twitter, pada Rabu.

Kementerian Pertahanan AS di Pentagon mengesahkan Iran melancarkan serangan puluhan peluru berpandu balistik ke dua pangkalan pasukan AS dan sekutu di Ain Assad dan Irbil.

Pangkalan tersebut dikatakan memiliki sistem peringatan serangan yang aktif ketika insiden. Justeru, seluruh anggota sempat berlindung di ruang bawah tanah.

Menteri Luar Negeri Iran menyatakan mereka hanya membela diri.

Iran mendesak AS segera angkat kaki dari Iraq.

Senator AS, Lindsey Graham, menyatakan serangan Iran sebagai ajakan perang dan menganggap Trump memiliki kuasa bertindak.