KUCHING: Kelihatannya, musim hujan akan terus melanda negeri Sarawak.
Hujan akan terus mengguyur.
Untuk itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan notis amaran cuaca sesuai dengan peringatan dan kearifan orang tua-tua, sediakan payung seblreum hujan.
Jabatan itu dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Sarawak supaya waspada berikutan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Sarawak.
Jabatan itu memaklumkan hujan lebat yang dijangka berlaku selama tiga hari bermula Jumaat ini akan membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu.