TEHERAN: Pesawat Boeing 737 jatuh di Lapangan Terbang Imam Khomeini di Teheran, Iran menewaskan semua 180 penumpangnya

Menurut AFP, pesawat Ukraine International Airlines itu jatuh tidak lama setelah berlepas pagi tadi, membawa 167 penumpang dan sembilan krew.

Sepuluh ambulans dikerahkan ke tapak kejadian dengan api masih marak.

Masalah teknikal dikatakan menjadi punca pesawat yang beroperasi tiga setengah tahun itu jatuh.

Belum dapat dipastikan adakah kejadian itu ada kaitan dengan konfrontasi antara Iran dengan Amerika Syarikat.

Media antarabangsa melaporkan pasukan penyelamat telah dihantar ke lokasi di dekat lapangan terbang, tempat jatuhnya pesawat tersebut.

“Pesawat itu terbakar tetapi kami telah mengirim pasukan penyelamat … dan kami mungkin dapat menyelamatkan beberapa penumpang,” kata Pirhossein Koulivand, ketua layanan darurat Iran, kepada televisyen kerajaan seperti dipetik Reuters.