Bertuah masyarakat Sarawak hidup harmoni

0
6

MUKAH: Masyarakat Sarawak hidup dalam harmoni dengan sifat bertolak ansur serta bermaufakat biarpun hidup dalam pelbagai agama, budaya dan bangsa. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellain Yussibnosh  Balo berkata inilah keistimewaan Sarawak yang tiada pada negeri lain dengan masyarakatnya yang tidak terlalu taksub dengan kerenah politik, perkauman dan agama.  

“Di Sarawak, masyarakatnya tidak terlalu taksub dengan kerenah politik, perkauman dan agama, sebaliknya berlapang dada menerima perubahan yang ada dan baik untuk masyarakatnya. 

“Malah, Sarawak mempunyai cara, adat dan budaya tersendiri serta ketatasusilaan. Jangan, disebabkan politik, masyarakatnya bermasam muka,” katanya. 

Tambah Yussibnosh lagi, rakyat di Sarawak bertuah apabila terlindung daripada musibah dan bencana seperti yang berlaku di kebanyakan negara di dunia. 

“Pelbagai macam kejadian dan bencana berlaku di beberapa buah negara di dunia sehingga menyebabkan kemusnahan. 

“Rakyat di Sarawak bertuah kerana negeri ini bebas daripada kejadian yang tidak diingini. 

 “Malah, keputusan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Barat adalah disebabkan ramalan saintis bahawa tahun 2030 Jakarta akan ditenggelami air, manakala, Australia kemarau sepanjang tahun dan sekarang menghadapi kebakaran hutan,” tambahnya.