SYDNEY: Australia parah dilanda kebakaran hutan besar di bahagian New South Wales

Ia turut menerima bencana kekeringan yang memberi kesan kepada penduduk serta haiwan di bahagian selatannya.

Bencana kemarau menyebabkan kumpulan unta keluar ke penempatan manusia mencari air.

Kini, sekitar 10,000 unta terancam ditembak untuk dibunuh atas alasan tindakan agresif unta berkenaan yang mencari air sehingga mengancam nyawa masyarakat Aborigin.

Pejabat Aborigin di barat laut terpencil selatan Australia menyetujui tindakan penembakan tersebut yang dirancang berlaku mulai Rabu.

Pemusnahan dirancang berlangsung lima hari bermula Rabu bertujuan mengurangkan tekanan terhadap masyarakat Aborigin.

Penduduk terperangkap dalam cuaca yang panas dan tidak selesa dengan unta masuk dan merobohkan pagar serta cuba mendapatkan air melalui pendingin hawa.