Air naiki SK Nanga Ibun, Kapit jam 3 pagi

0
9

KAPIT: Hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ibun di Kapit dinaiki banjir, pada Selasa.

Guru Besar SK Nanga Ibun, Kadum Sumbang berkata, air banjir mulai dikesan memasuki kawasan sekolah berkenaan sekitar jam 3 pagi.

Jelasnya, paras air yang memasuki kawasan sekolah dan bilik kelas adalah sedalam kira-kira 1.5 meter.

Tambahnya, kawasan lain yang terjejas ialah dewan makan, blok pentadbiran dan blok pra sekolah, namun kawasan lain tidak terjejas kerana berada di tempat yang tinggi.

Sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan hari ini kerana blok kelas masih terjejas akibat banjir.