KUCHING: 10 kereta terlibat dalam kemalangan di hadapan pusat beli belah Viva City di Jalan Wan Alwi, sekitar jam 10.30 malam tadi.

Menurut sumber kejadian, kemalangan berpunca daripada sebuah kenderaan jenis Hilux yang hilang kawalan setelah keluar daripada tempat letak kereta pusat beli belah berkenaan.

Susulan daripada itu, salah seorang pemandu kenderaan terlibat kemalangan mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk diberi rawatan lanjut.