KUCHING: Sebagai langkah mengurangkan harga rumah di negeri ini, Persatuan Pemaju Hartanah Perumahan  Sarawak (Sheda) mempunyai jalan penyelesaian.

Ia mencadangkan agar Kerajaan Sarawak menyediakan lebih banyak tanah untuk pembangunan perumahan.

Pengerusi  Sheda cawangan Kuching Sim Kiang Chiok berkata, salah satu cara mengurangkan harga rumah adalah dengan menukarkan lebih banyak tanah kepada zon campuran dalam lingkungan 20km dalam lingkungan bandar raya dan 10km bagi  bandar lain.

Baru-baru ini Ceupacs mendapati kebanyakan penjawat awam tidak mempunyai rumah.

Sim berkata, empat elemen utama dalam pembinaan rumah ialah tanah, kos pembinaan, keakuran kepada syarat yang dikenakan kerajaan, dan faedah bank.

“Ceupacs mahu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mengurangkan harga tanah dan kos keakuran kepada syarat undang-undang yang ditetapkan kerajaan agar harga rumah adalah mampu beli,” katanya.

Katanya, Sheda juga menggalakkan kerajaan membina lebih banyak jalan dan jambatan ke kawasan baharu bagi meningkatkan jumlah dan keluasan tanah untuk membina rumah.

Jelas Sim, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga mempunyai pelbagai jenis perumahan untuk dimajukan,

“Sekitar 2,400 unit akan dibina di seluruh Sarawak,” jelasnya.