Dr Chin dilantik Pengarah Kesihatan baharu Sarawak

0
22

KUCHING: Bekas Pengarah Hospital Umum Sarawak, Dr Chin Zin Hing dilantik sebagai Pengarah Kesihatan negeri yang baru menggantikan Dr Jamilah Hashim, berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu majlis penerimaan dan penyerahan tugas yang berlangsung di Pejabat Kesihatan Negeri di Petra Jaya di sini, Dr Chin berkata pelantikan baharunya itu merupakan satu amanah lebih besar berbanding tanggungjawabnya sebelum ini menurut laporan Bernama.

“Sungguhpun sebelum ini berkhidmat Pengarah Hospital Umum Sarawak, namun menjaga seluruh negeri Sarawak merupakan tanggungjawab yang lebih besar,” katanya.

Sementara itu, Dr Jamilah yang bersara wajib bermula esok berkata sepanjang menyandang jawatan itu, banyak pencapaian telah dilakar dalam sektor kesihatan di Sarawak, dan beliau menganggap pelantikannya itu sebagai satu penghormatan terbesar buat kaum wanita.