136 kes rogol: Pelajar dari Indonesia dipenjara seumur hidup di Britain

0
19

LONDON:  Pemangsa seksual yang jahat. Perogol paling prolifik.

Itulah gambaran terhadap seorang pelajar berusia 36 tahun berasal dari Jambi,  Indonesia.

Atas kesalahannya itu dia dihukum penjara seumur hidup pada Isnin atas kesalahan seksual terhadap lelaki-lelaki yang dikenakan dadah.

Dia dipercayai menggunakan sedatif terhadap mangsanya agar mereka tidak sedarkan diri sebelum merakamkan perbuatannya itu.

Dia digambarkan sebagai perogol paling prolifik di Britain disabitkan dengan 159 kesalahan, termasuk 136 rogol dan 8 cubaan merogol, pada 4 perbicaraan berasingan, menurut perkhidmatan pendakwaan.

“Mahkamah Manchester di barat laut England diberitahu Reynhard Sinaga mungkin menyerang 195 lelaki, dengan menjemput mangsa ke rumah pangsanya dengan menawarkan tempat tinggal atau minuman keras,” lapor AFP.

Hakim Suzanne Goddard menggambarkan lelaki itu sebagai “pemangsa seksual yang jahat” yang memburu lelaki-lelaki muda yang mabuk.