PRN12 belum dalam masa terdekat

0
5

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menegaskan bahawa Pilihan raya negeri (PRN) yang ke-12 tidak akan berlangsung dalam waktu terdekat.

Katanya, Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya akan tamat pada Mei 2021.

“Tunggu tahun 2021. Apa yang hendak digopohkan,” katanya di Wisma Bapa Malaysia, Isnin.

Oleh itu, adalah tidak perlu untuk mengadakan PRN lebih awal sebelum tamatnya tempoh tersebut, tambah Ketua Menteri.

Mengenai persiapan jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS), Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS berkata, keseluruhannya jenteranya sudah bersedia.

Pada PRN12 nanti, empat parti komponen GPS akan bertanding buat pertama kalinya menggunakan lambang GPS.