JAKARTA: Martunis Sarbini, namanya melonjak beberapa kali di media, kali pertama pascatsunami Aceh yang mengorbankan lebih 230,000 jiwa

Martunis berusia 8 tahun ketika tercetus tragedi sedih tsunami 2004 lalu.

Terjangan tsunami menghanyutkan Martunis 24 hari, terombang-ambing di lautan tanpa makan.

Martunis terselamat kerana tersangkut pada pohon bakau atau mangrove.

Dan ketika ditemui Martunis memakai baju pasukan nasional Portugal. Baju itu membawa takdir Martunis menjadi anak angkat Cristiano Ronaldo.

Kisah ini diliput oleh media dunia termasuk Tribunnews.com Indonesia.

Hujung Disember lepas, nama Martunis naik lagi di media apabila dia melamar kekasihnya Sri Wahyuni.

Pasangan ini dilaporkan media Indonesia khabarnya melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Yang menjadi fokus media khususnya media Indonesia ialah Ronaldo dikatakan akan menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Memetik detik.com. ketika Martunis ditanya teman semasa “live” Instagram: “Katanya Ronaldo datang?” tanya kawan Martunis.

“Insya Allah datang… kalau ngak sibuk,” jawab Martunis dan mengakui mempelawa Ronaldo ke majlis perkahwinannya di Jakarta.

Selepas peristiwa tsunami, sebagai anak angkat Ronaldo, Martunis sempat dilatih menjadi pemain bola sepak selama berada di Portugal.

Martunis kerap berjumpa Ronaldo, namun antara pertemuan penting kedua-duanya ialah pertemuan di Bali apabila Ronaldo dilantik oleh Indoensia menjadi “Duta Mangrove”, spesies bakau yang pernah menyelamatkan nyawa Martunis.

Tahun lepas Martunis menulis di Instagramnya: “Setelah tiga tahun tidak berjumpa, Alhamdulillah Allah menemukan juga saya dengan salah seorang pemain bintang terbaik dunia yang mempunyai hati yang mulia ini.”

Martunis menerima pembiayaan pendidikan daripada ayah angkatnya Ronaldo, selain dimasukkan ke akademi bola sepak Sporting Lisbon.

Martunis digabungkan bertemu Ronaldo yang kini menjadi duta Shopee dalam siaran langsung diatur syarikat pelantar e-dagang itu.

Ronaldo atau CR7 meraih pendapatan RM2 juta seminggu pada 2018.

Aksi “goyang Shopee” Ronaldo-Martunis di Shopee: