KUALA LUMPUR:  Usaha perdamaian tanpa menggunakan ancaman atau kekerasan perlu bagi  menyelesaikan masalah atau konflik.

Itulah pegangan yang sentiasa dipegang Malaysia di sebalik serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat.

Satu kenyataan daripada Kementerian Luar Negeri hari ini menyatakan bahawa Malaysia melahirkan rasa amat bimbang dengan perkembangan terbaharu  itu.

Oleh itu,  katanya, pada peringkat kritikal ini adalah lebih baik bagi semua pihak yang terbabit mengelakkan sebarang provokasi yang selanjutnya.

Sebaliknya, tambah kenyataan itu, usaha bagi menghalang dan meredakan ketegangan agar dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini perlu dilaksanakan.