Tuesday, November 29, 2022

Masing sifatkan Dr Maszlee tak cukup baik untuk negara

Secara Rawak

KUCHING: Tindakan Dr Maszlee Malik meletak jawatan sebagai menteri Pendidikan merupakan tindakan yang mulia oleh seorang ahli politik, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing.

“Beliau telah melakukan yang terbaik untuk memperbaiki sistem pendidikan Malaysia,” katanya mengulas pengunduran Maszlee berkuat kuasa hari ini.

Malangnya, kata Masing, yang terbaik yang dilakukannya tidak cukup baik untuk negara.

“Jadi apabila perkara seperti itu berlaku, apa yang perlu  anda lakukan? Letak jawatan,” kata Masing.

Maslee yang juga Anggota Parlimen Simpang Renggam mengumumkan peletakan jawatannya di Putrajaya semalam.

Peletakan jawatan beliau itu tidak terlalu mengejutkan rakyat disebabkan prestasinya yang buruk dan sering mencetuskan kontroversi ekoran langkah yang diambil tidak diterima rakyat.

Masing yang juga Presiden PRS juga berharap menteri lain yang tidak memperlihatkan prestasi yang tidak memuaskan juga mengambil contoh daripada Dr Maszlee.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru