KREFELD: Seorang lelaki menemui dompet di bawah pokok berdekatan pusat membeli-belah di Krefeld pada malam menjelang Krismas.

Biarpun dompet itu dipenuhi wang 16,000 euro (RM73,000), lelaki tersebut hanya membuka dompet itu untuk melihat siapa pemiliknya.

Dia terus bergegas ke balai polis berdekatan dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Lelaki tersebut dikatakan enggan menerima duit saguhati yang diberikan polis dan pemilik dompet itu.

Alasannya perbuatannya adalah bersempena semangat Krismas.

Mengikut undang-undang Jerman siapa yang mengembalikan barang yang hilang diberikan hadiah yang setimpal.

Dalam kes ini, dia berhak menerima wang hadiah 490 euro (RM2,239).