TEXAS: Nissa-Lynn Parson of McKinney memberitahu anaknya Cayden, 12, mendapat hadiah Krismas berupa kanta pembesar baru-baru ini.

Dia dan abang-abangnya mengambil keputusan membakar surat khabar lama di hadapan rumah mereka.

Api yang membakar akhbar itu marak dan angin yang bertiup membawa cebisan akhbar itu ke taman berumput mereka menyebabkan rumaput tersebut terbakar serta-merta.

Menurut ibunya dia dan suaminya tahu aktiviti anak-anaknya itu dan mengizinkannya.

Namun Cayden tiba-tiba berlari masuk ke dalam rumah dengan panik dan memberitahu halaman rumput di rumah kami terbakar.

Seluruh keluarga bertungkus-lumus memadamkan api tersebut dan mujurlah api terbabit tidak merebak ke rumah jiran.