Sepanyol: Natalia Escudero wartawan yang bekerja di stesen television RTVE meletak jawatannya dari syarikat tersebut setelah mendapati dirinya memenangi jackpot loteri.

Namun, malang baginya jumlah yang dimenangi hanya sedikit iaitu sekitar 5,000 euro (RM23,000) berbanding 4 juta euro (RM18 juta) yang diharapkan olehnya.

Lebih malang lagi dia mengumumkan peletakkan jawatannya itu semasa mengacara siaran langsung di televisyen.

Natalia dilihat mula menjerit kegembiraan sebaik sahaja senarai nama pemenang loteri Krismas el Gordo Sepanyol diumumkan.

Dia kemudiannya mengumumkan tidak akan bekerja lagi selepas ini, namun dia menjadi malu sebaik mengetahui dia hanya menang 5,000 euro.

Natalia dikatakan memohon maaf atas kelakuannya menerusi akaun Twitternya dengan alasan dia sedang melalui banyak masalah peribadi.