Tuesday, August 16, 2022

Baru Bian perlu berundur ikut langkah Maszlee?  

Secara Rawak

KUCHING: Pengunduran Dr Maslee Malik sebagai menteri bukan yang pertama dan terakhir.

Dijangka lebih banyak lagi menteri dan timbalan menteri akan dipaksa berundur oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad demi menyelamatkan Kerajaan Pakatan Harapan.

Dr Maszlee, Anggota Parlimen Simpang Renggam yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan  pada Mei 2018 mengumumkan peletakan jawatannya pada hari pertama sesi persekolahan semalam, berkuat kuasa hari ini.

Jika berdasarkan hasil tinjauan Malaysiakini beberapa hari lalu, 18 daripada 28 menteri gagal, dengan mendapat sokongan kurang daripada 50 peratus daripada rakyat.

Maszlee hanya mendapat 16 markah.

Persoalannya, adakah Menteri Kerja Raya Baru Bian perlu berundur kerana beliau hanya mendapat 37 markah?

Nasib Baru yang berada dalam kumpulan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan tidak menentu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri dalam tempoh sekitar setahun.

Baru tidak menghadiri tiga kali persidangan yang turut dihadiri Anwar termasuk yang di Kuching dan Miri baru-baru ini.

Berbanding Menteri Kerja Raya di bawah BN Datuk Seri Fadillah Yusof, prestasi Baru dianggap rakyat,  jauh berada di belakang.

Jadi, bagi mereka, dapatan kajian tentang prestasi Pengerusi PKR Sarawak itu tidak mengejutkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru