KUCHING: Kempen Melawat Malaysia 2020 bermula semalam dengan sambutan istimewa diadakan di pintu masuk domestik dan antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah turut berada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bagi menyambut penumpang penerbangan Malaysia Airlines dari Singapura.

Abdul Karim berkata dalam sidang media, sesi sambutan bagi pelancong adalah usaha yang dijalankan oleh Kementerian dimana setiap pintu masuk di Malaysia dan Sarawak iaitu, Kuching dan Sungai Tujuh, Miri.

Jelasnya, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Persekutuan dan Negeri berharap lebih ramai pelancong mengunjungi Malaysia tahun ini.

Kata Karim, usaha daripada Kementerian di peringkat Persekutuan atau Sarawak melalui Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) untuk mengadakan pakej dan promosi yang terbaik sepanjang tahun ini bagi membawa lebih ramai pelancong.