Sunday, June 13, 2021

Panahan petir bunuh 22 lembu sekali gus

Mesti baca

BUENOS AIRES: Sekumpulan 22 ekor lembu di Aberdeen Angus di La Pampa, Argentina, dilaporkan mati akibat disambar satu panahan petir.

Memetik Unilad, semua lembu ini sebenarnya terkena renjatan elektrik ketika berkumpul dekat pagar semasa kejadian berlaku.

Ketika petir menyambar salah satu tiang pagar penghalang, lembu yang berkumpul itu turut terenjat elektrik.

Peternak menguburkan bangkai lembu tersebut di ladang berkenaan dengan kerugian ditaksirkan sekitar AS$73,600 (RM300,000).

September lepas, 15 lembu termasuk lapan anak lembu turut direnjat elektrik selepas petir memanah pagar logam tempat mereka berkumpul.

Secara Rawak

Artikel Terbaru