KUALA LUMPUR Gobind Singh Deo meminta rakyat supaya mewujudkan pentas media sosial berdasarkan fakta benar dan sahih pada tahun 2020.

Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam ucapan tahun baharunya yang dimuat naik di media sosial, berkata ia bagi membina negara maju dan berjaya, selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Beliau turut berharap rakyat mengekalkan perpaduan dan keharmonian Malaysia.

“Selamat menyambut Tahun Baru 2020! Marilah kita pastikan tahun ini kita wujudkan pentas media sosial berdasarkan fakta benar dan sahih supaya kita dapat bina negara maju dan berjaya, selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama dan kekalkan perpaduan dan keharmonian Malaysia!” katanya dalam ciapan di Twitter dan Facebooknya.