KUCHING:  Sarawak sanggup menyediakan peruntukan kewangan mencukupi kepada persatuan-persatuan sukan negeri yang berminat untuk menganjurkan acara sukan secara besar-besaran di peringkat negeri mahupun antarabangsa tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Rahman Karim Hamzah.

Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan Negeri meminta persatuan berkaitan agar tidak ragu-ragu untuk mengemukakan permohonan mereka bagi mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.

“Saya tidak melihat wang adalah masalahnya tetapi lebih kepada samada kamu (persatuan sukan di Sarawak) mahu menganjurkannya (acara sukan) atau tidak,” katanya  ketika merasmikan Kejohanan Judo Jemputan Kuching anjuran Persatuan Judo Sarawak di sini, semalam seperti dilapor Bernama.

Beliau bagaimana pun tidak mendedahkan jumlah keseluruhan peruntukan kewangan yang disediakan, tetapi memberi jaminan peruntukan itu cukup untuk diagihkan kepada persatuan-persatuan sukan tahun hadapan, dan apa yang penting adalah mereka perlu menghantar kertas kerja yang baik.

Karim seterusnya mengalakkan persatuan-persatuan berkaitan belia dan sukan di Sarawak seperti Persatuan Judo Sarawak.