SARIKEI: Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri amat signifikan dalam membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman yang selesa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, antara kriteria yang diambil kira dalam projek itu ialah membantu kumpulan sasar yang mempunyai rumah yang daif serta tidak selamat untuk didiami.

Menurunya, bagi DUN Meradong,  seramai 312 rumah telah dikenalpasti untuk dibaik pulih secara gotong royong.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan projek PPRMS melibatkan rumah yang telah siap dibaik pulih di sekitar Meradong, pada Isnin.

Sementara itu, Ding memberitahu, selain PPRMS, kerajaan negeri juga telah memperkenalkan banyak inisiatif untuk manfaat rakyat negeri ini.

Justeru jelasnya, rakyat perlu terus kekal memberi sokongan padu kepada kepimpinan negeri dalam memacu pertumbuhan Sarawak.