KABONG: Pasukan X Jerak Gerigat muncul sebagai juara Kejohanan Tarik Tali Piala YB Ali Biju selepas berjaya menumpaskan Pasukan Walit 1 dalam aksi final yang berlangsung petang semalam.

Kejayaan muncul sebagai juara membolehkan pasukan itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM800 beserta piala dan medal.

Pasukan Walit 1 yang muncul naib juara pula membawa pulang RM600, piala dan medal.

Tempat ketiga menjadi milik Pasukan Cili Padi. Mereka menerima RM400 piala dan medal. Tempat keempat jatuh kepada Pasukan Dom Legacy dan menerima hadiah RM200.

Bagi kategori perempuan pula menyaksikan Pasukan Sehati Sejiwa muncul sebagai juara. Mereka membawa pulang RM500 beserta piala dan medal, Naib juara pula jadi milik Pasukan Duri-Duri Sawit yang membawa pulang RM400 beserta piala dan medal. Manakala tempat ketiga jatuh kepada Pasukan Wanita Kaba. Mereka menerima hadiah RM300 beserta piala dan medal.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju.

Pasukan X Jerak Gerigat … Juara tarik tali Piala Ali Biju